Tuesday 8 April 2014

Peminjam tertinggi Februari 2014

Keputusan peminjam tertinggi bulan Februari 2014 telah diketahui...pemenangnya adalah :

Salli Amirah ...ahli KRP sendiri. Tahniah diucapkan

Majlis makan malam perpisahan dan penghargaan Kelab Rakan Pustaka

5 April 2014


Bagi meraikan ahli kelab yang berada di Semester 6 dan akan menamatkan pengajian pada semester ini, pihak pengurusan kelab telah mengadakan satu majlis makan malam perpisahan dan penghargaan Kelab Rakan Pustaka di Restoran New Horizon Garden pada 5 April 2014 yang lalu.

Prince and princess of the night.....bakal datuk dan datin

wajah - wajah yang diraikan...

dapat hadiah..

wajah - wajah yang tak dapat hadiah tapi dapat makan free...alhamdulilah
 

Tuesday 25 March 2014

Majlis Hari Jadi Staf Perpustakaan dan Kelab Rakan Pustaka

25 Februari 2014


Satu majlis hari jadi untuk staf perpustakaan dan ahli Kelab Rakan Pustaka telah diadakan pada 25 Februari 2014, di Bilik Sri Mawar. Ianya bertujuan untuk meraikan hari jadi staf dan ahli yang jatuh pada November 2013 sehingga Februari 2014. Selamat hari jadi!



Sunday 26 January 2014

Lawatan ahli KRP ke Kuching, Sarawak : 9 Januari 2014

 9 Januari 2014, Lawatan ke Kilang Pasu 


Program diteruskan dengan lawatan ke kilang pasu pada pukul 2.30 p.m.  Malangnya bekalan elektrik terputus dan pihak kilang terpaksa memberhentikan kerja kerja membuat pasu kecuali kerja kerja melukis. Ahli rombongan hanya berkesempatan melihat kerja kerja ini dan meninjau di  kawasan sekitar kilang sahaja.


Alamat kilang
Pelajar meninjau di sekitar kilang..

Pasu ke tu ?

Deretan pasu kucing

Deretan pasu belum dilukis

Pekerja melukis pasu


Pasu sudah siap dilukis

 Nak satu...

 Deretan pasu yang sedia untuk dijual







Gotong royong KRP di G Cafe, PKB

23 Januari 2014


Exco Kelab dan ahli KRP Semester 1 telah bersama sama bergotong royong bagi membersihkan dan menceriakan G Cafe pada 23 Januari 2014, 3.00 p.m hingga 5.00 p.m.  Terima kasih pada semua yang menjayakan program ini.



Monday 20 January 2014

Lawatan ahli KRP ke Kuching, Sarawak : 8 - 9 Januari 2014

8 - 9 Januari 2014


Kelab Rakan Pustaka telah menganjurkan satu lawatan keusahawanan dan penandarasan ke Kuching, Sarawak pada 8 - 12 Januari 2014.  Seramai 17 orang ahli Kelab Rakan Pustaka telah mengikut lawatan ini.



8/1/14, 5.00 p.m : Kami nak naik bas ni....


9/1/14, 5.00 a.m :  Sampai di LCCT...

 Boarding pass ada tak?

Nait belon...

 di awan biru...



dah sampai Kuching.....

ke hotel....


 Check in hotel


Jalan jalan cari makan di Kopi O Corner, Satok



Pertandingan bowling Kelab Rakan Pustaka 2014

3 Januari 2014


Satu pertandingan bowling ahli Kelab Rakan Pustaka telah diadakan pada 3 Januari 2014, pukul 3.00 p.m di KB Mall, Kota Bharu . Program ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dan juga mengeratkan silaturahim antara ahli kelab. Pertandingan ini dimeriahkan lagi dengan penyertaan staf perpustakaan dan keluarganya. Ahli dibahagikan kepada 4 kumpulan berdasarkan kumpulan yang telah ditetapkan sebelum ini.

 Perjalanan ke KB Mall

 Mendaftar sambil berposing....



Sebelum membaling....acara posing !!

baling ....
jangan tak baling....

YES!...masuk longkang
 
 Acara posing lagi...
 
 lagi....


dan lagi....


Pemenangnya adalah ....


...KUMPULAN 3. Tahniah!!